Azerbaijan dakwa berjaya musnah 2 tapak lancar peluru berpandu Armenia 


Tentera Armenia melancarkan serangan di sempadan Nagorno-Karabakh selepas konfllik tercetus antara negara itu dengan Azerbaijan.– Gambar EPA, 14 Oktober, 2020.

KEMENTERIAN Azerbaijan pada Rabu mendakwa pihaknya berjaya memusnahkan dua tapak pelancaran peluru berpandu milik Armenia.

Menurutnya, tapak pelancaran berkenaan digunakan untuk menyasarkan kawasan orang awam ketika bertempur di Nagorno-Karabakh.

Sementara itu, kementerian pertahanan Armenia mengesahkan kawasan berkenaan menjadi sasaran pengeboman itu.

Namun pihaknya menafikan melancarkan serangan ke Azerbaijan.

Sumber tentera Armenia berkata, pihaknya bagaimanapun menangguhkan sebarang serangan terhadap kemudahan tentera di kawasan Azerbaijan.– AFP, 14 Oktober, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen