Timbalan menteri tunjuk isyarat lucah kepada pembangkang dalam Parlimen


Zaim Ibrahim Chan Kok Leong Aminah Farid

TIMBALAN Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin menunjukkan isyarat lucah kepada blok pembangkang ketika Speaker Azhar Azizan Harun kehilangan kawalan semasa Dewan Rakyat hari ini.

Selepas Willie, yang merupakan ahli Parlimen Puncak Borneo, selesai berucap mengenai peruntukan belanjawan bagi kementeriannya (peringkat jawatankuasa), pembangkang meminta Azhar membuat keputusan mengenai kenyataan tidak dibuat oleh Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) .

Semasa perbahasan, Tajuddin memanggil Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar-Bebas) “budak” sekali lagi, merujuk kepada usianya yang lebih muda.

Bagaimanapun, daripada menangani perkara itu, Azhar mengenepikan permintaan pembangkang dan berkata, “Ia hanya jenaka”, mendorong pihak pembangkang meminta undi belah bahagi bagi belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Awal hari ini, pembangkang tidak meminta undi belah bahagi semasa peruntukan belanjawan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Nasional.

Tetapi sebelum undi dapat dibuat, Wilie dan pembangkang terbabit dalam adegan perbalahan mulut dengan pembangkang melaungkan perkataan “pengkhianat” kepada bekas ahli Parlimen PKR itu.

Willie kemudian bertindak lebih jauh dengan menunjukkan jari tengahnya, menyebabkan lebih ramai banyak bantahan dan jeritan daripada pihak pembangkang.

Beliau adalah antara 10 ahli Parlimen yang berpaling tadah daripada PKR kepada Bersatu, menyebabkan Pakatan Harapan kehilangan majoriti di Parlimen pada Februari. – 1 Disember, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen