Jawi mungkin tidak diajar di sekolah Cina


Khoo Gek San

Keputusan akan dicapai berhubung pengajaran Jawi oleh sekolah vernakular adalah berdasarkan borang yang akan diedarkan kepada PIBG, atau kepada ibu bapa sekiranya sekolah terbabit tidak mempunyai PIBG.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2019.

IBU bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah aliran Cina tidak percaya pengajaran Jawi yang dirancang kerajaan akan dimansuhkan, memandangkan kini ia terpulang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pelajar.

Kementerian Pendidikan dalam satu pekeliling yang bertarikh 5 Disember, 2019 berkata, keputusan akan dicapai oleh sekolah vernakular berdasarkan borang yang akan diedarkan kepada PIBG, atau kepada ibu bapa sekiranya sekolah terbabit tidak mempunyai PIBG, yang mana borang berkenaan perlu diisi dan dikembalikan dalam tempoh 14 hari.

Hanya 51% majoriti mudah undian diperlukan untuk keputusan dicapai, yang akan dilaporkan kepada guru besar sekolah yang kemudiannya akan memaklumkan kepada pejabat pendidikan daerah.

Ibu bapa yang ditemui berkata, mereka tidak mahu pengajaran Jawi diajar bukan kerana mereka menentangnya, tetapi kerana bimbang ia akan menjejaskan prestasi akademik bagi mata pelajaran teras yang lain.

Foo Boon Sian yang mempunyai anak Tahun 4 di sekolah jenis kebangsaan (sekolah vernakular) berkata, anaknya sudah mempunyai banyak mata pelajaran yang perlu diberi perhatian.

“Kami hantar anak-anak ke sekkolah Cina agar mereka boleh mempelajari bahasa ibunda mereka, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Sekiranya Kementerian Pendidikan memperuntukkan masa untuk mengajar penulisan Jawi bagi pelajar mempelajarinya, saya tidak rasa ibu bapa akan menentangnya,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Seorang lagi bapa dari Selangor, Tony Lim berkata beliau menentang pengajaran Jawi kerana mahu anak-anaknya memfokuskan kepada subjek teras di sekolah.

Tai Soon Peng dari Pulau Pinang berkata, kebanyakan pelajar sudah bergelut dengan subjek yang ada di bawah kurikulum sekolah rendah, dan guru-guru menggantikan “kelas yang tidak penting” seperti pendidikan fizikal, seni dan muzik dengan kelas tuisyen tambahan.

“Murid sudah dihalang daripada aktiviti riadah. Memandangkan Jawi adalah subjek pilihan, ia tidak membantu meningkatkan penguasaan dalam bahasa kebangsaan, lebih baik untuk tidak jadikan ia sebagai keperluan,” katanya.

Pekeliling Kementerian Pendidikan menyatakan, kabinet memutuskan dalam mesyuarat pada 14 Ogos, 2019 bahawa penulisan Jawi untuk sekolah vernakular akan dikenali sebagai “Pengenalan kepada Penulisan Jawi”, dan bukan “khat”.

Ia akan dijadikan sebahagia daripada subjek Bahasa Melayu yang menyasarkan untuk mengajar murid menghargai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu. Ia hanya mengambil tiga muka surat dalam silibus Bahasa Melayu Tahun 4. – 12 Disember, 2019.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen