Lembaga sekolah Cina perlu terlibat dalam keputusan ajar Jawi, kata Pemuda MCA


Khoo Gek San

Ketua Pemuda MCA Nicole Wong berkata pihaknya tidak membantah pembelajaran Jawi tetapi pelajaran itu tidak sepatutnya dimasukkan dalam buku teks Bahasa Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 30 November, 2019.

LEMBAGA sekolah Cina mesti terlibat dalam keputusan mengajar Jawi di sekolah mereka, kata Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting.

Semasa mengulangi kenyataan yang sayap pemuda MCA tidak membantah pembelajaran Jawi beliau bagaimanapun berkata pelajaran itu tidak sepatutnya dimasukkan dalam buku teks Bahasa Malaysia.

Wong berkata lembaga sekolah Cina dan bukannya Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah ini yang perlu memutuskan sama ada sekolah rendah harus melaksanakan pelajaran Jawi.

Bagaimanapun beliau berkata berdasarkan cara Kementerian Pendidikan melayan wakil-wakil Dong Jiao Zong semalam, mereka bertekad untuk melaksanakan langkah berkenaan.

“Kami mahu lembaga sekolah ini terlibat dalam proses membuat keputusan. Kementerian Pendidikan mesti melibatkan mereka jika sekolah itu mengajar Jawi atau tidak,” katanya pada persidangan tahunan Pemuda MCA Ke-55 di Kuala Lumpur hari ini.

Ogos lalu susulan protes dilakukan Dong Zong dan penyokongnya, kementerian berkata pelajaran Jawi pada tahap asas hanya akan diajar di sekolah vernakular dengan persetujuan murid dan PIBG.

“Dalam perbincangan terbaru, Kabinet memutusan untuk mengekalkan keputusan minggu lalu bawa pengenalan pembelajaran Jawi akan diteruskan tetapi hanya dilaksanakan jika dipersetujui oleh PIBG dan murid-murid,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Semalam  Dong Jiao Zong dan kumpulan aktivis menghantar memo ke Kementerian Pendidikan untuk menuntut lembaga sekolah membuat keputusan dalam isu itu. – 30 November, 2019.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen