Pembalakan cemari bekalan air di Kedah, kata pemerhati 


Aktiviti pembalakan di Ulu Muda, Kedah berpotensi mencemarkan takungan Tasik Muda, kata Rimba Watch.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Januari, 2024.

AKTIVITI pembalakan di Ulu Muda, Kedah berpotensi mencemarkan takungan Tasik Muda yang membekalkan air ke Kedah dan Pulau Pinang, kata pemerhati alam sekitar Rimba Watch.

Rimba Watch dalam satu kenyataan berkata penemuan ini dibuat melalui imejan satelit kawasan itu.

Tasik Muda merupakan tadahan air utama di Kedah yang mengawal aliran air ke alur masuk Sungai Dua yang membekalkan 80% air Pulau Pinang.

“Siasatan kami menemukan imej satelit yang menunjukkan sungai Ulu Muda mengalir melalui kawasan pembalakan dan kemudian memendapkan lumpur ke dalam takungan.

“Kami membangkitkan kebimbangan kami bahawa pembalakan ini diperakui sebagai ‘mampan’ dan menyeru kerajaan Kedah untuk menyiasat dan menjelaskan isu ini,” kata Rimba Watch.

Rimba Watch juga menyatakan bahawa perlindungan kawasan tadahan turut menjadi topik pertikaian dalam isu air Kedah/Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah lama menyeru agar pembalakan dihentikan di kawasan Ulu Muda namun Kedah menyatakan bahawa ia akan kehilangan hasil negeri jika pembalakan dihentikan, dan terus membenarkan aktiviti pembalakan di negeri itu.– 19 Januari, 2024.

 

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen