Banjir di Kedah pulih, 2 PPS terakhir ditutup


Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut berikutan cuaca baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November, 2023.

BANJIR di Kedah pulih sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang menempatkan 26 mangsa daripada lima keluarga di dua daerah ditutup sepenuhnya petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS itu masing-masing di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu. 

“Di Kota Setar, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah yang dibuka Selasa lepas ditutup sepenuhnya pada 10 pagi tadi manakala di Kubang Pasu, PPS SK Malau yang dibuka Isnin ditutup pada 1 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut berikutan cuaca baik. – Bernama, 18 November, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen