Aktivis kecam laporan tragedi Batang Kali, gesa RCI ditubuhkan


Tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada 16 Disember itu menyaksikan 31 orang terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa. – Gambar Bomba, 19 Oktober, 2023.

SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) diperlukan untuk mendedahkan punca sebenar kejadian tanah runtuh Batang Kali yang mengorbankan 31 orang pada Disember lalu, kata aktivis Kia Kia Soong hari ini.

Bekas ahli Parlimen dan pengarah Suaram itu berkata laporan forensik kerajaan mengenai kejadian tanah runtuh yang didedahkan kepada umum semalam hanya menyatakan perkara yang jelas dengan menyalahkan hujan sebagai punca utama.

Kua berkata amat dikesali laporan rasmi forensik bencana Batang Kali sarat dengan butiran teknikal mengenai aspek geologi dan ukuran hujan yang hanya diperoleh selepas tragedi itu.

“Kesimpulannya, menyatakan kejadian itu punca utama disebabkan oleh hujan yang berlebihan dan ketidakstabilan geologi, hanya mengulangi fakta yang sudah diketahui jelas.

“Kita diyakinkan kerja penyelenggaraan mematuhi jadual, tetapi tidak boleh membiarkan tragedi seperti itu dijelaskan sebagai takdir semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kerajaan gagal menubuhkan jawatankuasa penyiasat, sebaliknya memilih “pasukan teknikal” untuk membuat laporan itu.

Keputusan ini hanya “mengelirukan berbanding menjelaskan punca utama”.

Beliau berkata punca sebenar kejadian diperlukan bagi memastikan bencana sama dapat dielak pada masa depan dan RCI diperlukan. 

“Syor dihasilkan oleh RCI mesti didedahkan dan dilaksanakan dengan tegas,” katanya.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan butiran laporan forensik kerajaan dengan mengatakan tiada bukti konkrit menunjukkan aktiviti manusia menyumbang kepada tanah runtuh yang membawa maut pada Disember lalu.

Zahid, yang juga pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), berkata laporan itu mendedahkan hujan adalah faktor utama yang menyebabkan kejadian itu. – 19 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen