DUA kawasan di semenanjung masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 11 pagi, menurut Jabatan Alam Sekitar.
Berdasarkan data di laman sesawang Air Pollutant Index Management System (APIMS) kendalian jabatan itu, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Cheras iaitu 149, manakala Nilai di Negeri Sembilan (105).
Kualiti udara di kawasan lain seluruh negara sederhana pagi ini.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. – 30 September, 2023.

Komen