DUA belas kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 7 malam ini, menurut Jabatan Alam Sekitar.
IPU tertinggi direkodkan di Cheras iaitu 155, sementara Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Batu Muda masing-masing merekodkan bacaan IPU 153, Johan Setia (151), Shah Alam (147) manakala Putrajaya (117).
Di Pulau Pinang, bacaan IPU di Seberang Jaya ialah 110, sementara di Perak tiga kawasan mencatat kualiti udara tidak sihat iaitu Taiping (131), Tasek Ipoh (107) dan Tanjung Malim (109).
Manakala di Negeri Sembilan, IPU tidak sihat direkodkan di Nilai dengan bacaan 101.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. – 29 September, 2023.
Komen