Kualiti udara seluruh negara sederhana setakat 11 pagi


Bacaan kualiti udara di Kota Bharu, Kelantan turun ke paras 'sederhana' berbanding 'tidak sihat' petang semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 April 2023.

KUALITI udara di semua 68 kawasan di seluruh negara sederhana setakat 11 pagi ini, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Laman web JAS melaporkan Johan Setia di Selangor, Kota Bharu (Kelantan) dan Larkin (Johor Bahru) mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat semalam, tetapi turun ke paras  sederhana pagi tadi.

Johan Setia catat bacaan IPU 152 sejak tengah hari semalam tetapi turun kepada 82 pada 11 pagi tadi.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) serta 300 ke atas (berbahaya).

Di Kota Bharu pula, kualiti udara di kawasan itu semalam tidak sihat sejak tengah hari hingga 9 malam, manakala di Larkin dari 5 petang hingga 7 malam.

Bacaan IPU di Kota Bharu dan Larkin pada 11 pagi tadi masing-masing 83 dan 74. – 19 April 2023. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen