Ketua pembangkang Zimbabwe bantah keputusan pilihan raya presiden


Chamisa turut menggesa rakan-rakannya membantah keputusan itu. – Gambar EPA, 28 Ogos, 2023.

NELSON Chamisa, ketua parti pembangkang Citizens Coalition for Change yang kalah dalam pemilihan presiden kepada penyandang Presiden Zimbabwe Emmerson Mnangagwa menolak keputusan pilihan raya pada Ahad, lapor Sputnik.

Mnangagwa dipilih semula untuk penggal kedua setelah memperoleh 52.6% undian manakala lawan utamanya Chamisa menerima 44%.

“Kami menolak pilihan raya…Kami menolak keputusan dan proses penipuan ini,” kata Chamisa pada sidang akhbar di ibu kota Zimbabwe, Harare.

Chamisa turut menggesa rakan-rakannya di peringkat wilayah supaya membantah keputusan pilihan raya itu. – Bernama, 28 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen