Rakyat Zimbabwe mula mengundi pilih Presiden dan ahli Parlimen


Rakyat Zimbabwe menunggu giliran untuk membuang undi. – Gambar Facebook, 23 Ogos, 2023.

RAKYAT Zimbabwe pada Rabu mula mengundi dalam pilihan raya kali kedua yang diadakan selepas rampasan kuasa 2017 yang menggulingkan mendiang Presiden Robert Mugabe.

Pusat mengundi dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan dan akan ditutup 7 malam waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Pilihan raya itu dilihat penting memandangkan penyandang Presiden Emmerson Mnangagwa sedang mengintai peluang untuk mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua.

Beliau dicabar oleh calon pembangkang Nelson Chamisa dari parti Citizens Coalition For Change (CCC) dan calon pembangkang lain.

Di samping itu, rakyat Zimbabwe turut memilih ahli majlis tempatan dan ahli Parlimen baharu.

Pilihan raya kali ini juga akan menentukan susunan baharu untuk Parlimen yang mempunyai 350 kerusi dan lebih 1,900 jawatan majlis tempatan.

Pengundian di kebanyakan pusat mengundi di Harare ditangguhkan kerana masalah ketiadaan dakwat kekal dan kertas undi untuk memilih ahli majlis. – Bernama, 23 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen