SPR terima surat pemakluman pembubaran DUN di 3 negeri 


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tiga negeri daripada Speaker DUN yang terlibat. 

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya menerima surat pemakluman berkenaan dari Pahang dan Perlis pada 14 Oktober lepas manakala Perak hari ini. 

“Sehubungan itu, penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya bagi ketiga-tiga negeri ini akan dibincangkan serentak dalam Mesyuarat Khas SPR yang akan diadakan pada 20 Oktober,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Pahang dan Perlis merupakan dua negeri terawal membubarkan DUN masing-masing susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lepas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15. 

Di Pahang, sebanyak 42 kerusi DUN akan dipertanding manakala Perlis melibatkan 15 kerusi dan Perak mempunyai 59 kerusi. – Bernama, 17 Oktober, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen