Suruhanjaya Sekuriti umum pelantikan 4 pegawai kanan


Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Dr Awang Adek Hussin berkata gabungan pengetahuan termasuk pengalaman mereka yang dilantik, yang diambil daripada sektor awam dan swasta, akan mengukuhkan lagi keupayaan serta keberkesanan suruhanjaya itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2022.

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan empat pelantikan kanan baharu berkuat kuasa hari ini dengan tujuan untuk membina pasaran modal yang lebih relevan, cekap dan pelbagai. 

Pengawal selia itu dalam satu kenyataan berkata ia telah melantik Azalina Adham sebagai pengarah eksekutif strategi dan dasar iaitu kumpulan perniagaan yang baru ditubuhkan.

Selain itu, Abdul Jalil Hamid dilantik sebagai pengarah eksekutif komunikasi strategik dan pejabat pengerusi.

SC juga telah mempromosikan Dr Wong Huei Ching kepada pengarah eksekutif strategi dan inovasi digital serta melantik Budiman Lutfi Mohamed sebagai pengarah penguatkuasaan. 

SC ketika mengulas mengenai peranan Azalina berkata beliau akan membantu memacu hala tuju strategik SC dalam beberapa bidang kritikal termasuk perancangan korporat, pengurusan risiko dan hubungan antarabangsa bagi terus membangunkan pasaran modal.

Pengerusi SC Dr Awang Adek Hussin berkata gabungan pengetahuan termasuk pengalaman mereka yang dilantik, yang diambil daripada sektor awam dan swasta, akan mengukuhkan lagi keupayaan serta keberkesanan suruhanjaya itu untuk “menggalakkan pertumbuhan pasaran dan integriti dalam persekitaran yang berkembang pesat yang merangkumi kemampanan, persaingan dan inovasi.” – Bernama, 1 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen