Tiada perlindungan sempurna terhadap Covid-19, kata pakar


Anthony Fauci berkata negeri di AS berdepan pilihan sukar mengimbangi keperluan melindungi rakyat dan kepenatan berdepan wabak yang sudah memasuki tahun ketiga. – Gambar AFP, 21 Februari 2022.

PAKAR penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci berkata tiada penyelesaian sempurna untuk melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19, memandangkan keadaan yang semakin memenatkan kerana perlu berdepan pandemik itu saban hari, lapor Xinhua.

Menurut laporan disiarkan akhbar berbahasa Cina Singapura Lianhe Zaobao baru-baru ini, Fauci berkata negeri-negeri AS berdepan pilihan sukar untuk mengimbangi keperluan melindungi rakyat dan kepenatan berdepan wabak yang sudah memasuki tahun ketiga.

“Tiada penyelesaian sempurna untuk ini,” kata anggota Pasukan Tindak Balas Covid-19 Rumah Putih dalam temu bual dengan Reuters.

Kenyataan itu dibuat berikutan pegawai kesihatan AS kini merangka panduan Covid-19 baharu berhubung pelbagai aspek tindak balas virus berikutan kes Omicron menunjukkan trend penurunan. – Bernama, 21 Februari, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen