LARIAN obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dijalankan secara tertutup kepada orang awam bagi mengelakkan penularan Covid-19, kata penganjur pada Jumaat.
Larian berganti-ganti yang melibatkan 1,200 pembawa obor akan berlangsung di tiga tapak temasya itu dan turut melalui kawasan tumpuan pelancong seperti Tembok Besar dari 2 hingga 4 Februari, apabila Sukan Olimpik dibuka.
“Keselamatan akan sentiasa diutamakan untuk larian obor ini,” kata pegawai jawatankuasa penganjur yang bertanggungjawab ke atas larian obor, Yang Haibin.
“Memandangkan pertimbangan kawalan wabak… larian obor dan aktiviti upacara akan diatur di tempat tertutup yang selamat dan terkawal.”
Larian obor itu bagaimanapun tidak bermula di Olympia, Greece sebagaimana kelaziman berikutan pandemik.
Upacara menyalakan api Oktober lalu di Greece telah diganggu oleh aktivis hak asasi manusia. – AFP, 21 Januari, 2022.
Komen