DIALOG Interaksi Tamadun kedua anjuran Persatuan China untuk Pemahaman Antarabangsa (CAFIU) dirasmikan di Beijing pada Isnin.
Kira-kira 260 peserta dari dalam dan luar negara melibatkan diri dalam dialog tersebut secara hibrid, serta turut menyatakan keyakinan terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang bakal membuka tirai di Beijing pada bulan depan.
Ketua Jurulatih Kelab Bola Keranjang Royal Fighter Beijing, Stephon Marbury memetik slogan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sebagai berkata, “Together for a Shared Future”, (“Bersama demi masa depan”) bukan sahaja bersesuaian dengan moto Olimpik baharu, tetapi selaras dengan nilai teras dan visi kesukanan Olimpik.
“Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, saya bekerja dan menikmati kehidupan di China bersama rakan sekerja, penyokong dan sahabat. Saya suka dikelilingi masyarakat dan berkongsi hasil interaksi budaya China-Amerika Syarikat (AS),” kata Marbury.
Sementara itu, Duta Besar Mesir di China, Mohamed Elbadri menyampaikan keyakinan bahawa China mampu menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dengan cemerlang.
Anjuran Sukan Olimpik adalah untuk mempertingkatkan pertukaran dan komunikasi antara rakyat pelbagai negara, platform penting kepada para atlet, dan perpaduan semua manusia, katanya.
Beliau berharap Sukan Olimpik 2022 di Beijing dapat mendorong rakyat pelbagai negara bersatu-padu pada masa hadapan. – Bernama, 12 Januari, 2022.
Komen