Tuduhan terhadap peguam libatkan saham Sime Darby ditarik balik 


Raevathi Supramaniam

JABATAN Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti menarik balik semua pertuduhan berkaitan perdagangan dalaman terhadap peguam Sreesanthan Eliathamby hari ini. 

Sreesanthan adalah bekas rakan kongsi kanan firma undang-undang yang terlibat dalam menasihati pelaksanaan penggabungan antara Sime Darby, Golden Hope Plantations Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd.

Ketika dihubungi oleh The Malaysian Insight, Sreesanthan mengatakan beliau berasa lega kes itu berakhir.

“Saya lega bahawa tuduhan ini akhirnya ditarik balik dari pembebasan dalam kes pertama yang menjalani perbicaraan penuh,” katanya.

“Saya kembali menjalani amalan yang cukup aktif yang merupakan sesuatu yang saya gemari dan akan terus dilakukan. Tetapi saya tidak tergesa-gesa untuk kembali ke amalan aktif. “

Sreenathan didakwa atas tujuh pertuduhan kerana terlibat dalam perdagangan dalaman pada Julai, 2012 melibatkan empat syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. 

Pada tahun 2021, mahkamah sesyen Kuala Lumpur membebaskannya daripada tiga tuduhan kononnya perdagangan dalaman saham Sime Darby Bhd pada tahun 2006.

Hakim Zamri Bakar berpendapat, antara lain, maklumat dalam kononnya berada di domain umum dari beberapa jurnal dan ulasan bereputasi yang menolak salah satu elemen penting dari kesalahan tersebut.

Rayuan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Sekuriti berhubung keputusan mahkamah sesyen juga telah ditarik balik. – 20 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen