Pelabuhan Yangshan kendali 20 juta TEU


Pelabuhan Yangshan, Shanghai China yang dirasmikan pada 2005 memainkan peranan penting sebagai salah satu pelabuhan utama dunia. – Gambar EPA, 11 Disember, 2020.

JUMLAH kontena yang dikendalikan pelabuhan Yangshan, Shanghai China pada tahun ini merekodkan 20 juta TEU (satu juta unit bersamaan 20 kaki).

Angka itu enam kali ganda berbanding jumlah kendalian pelabuhan berkenaan ketika ia dirasmikan pada 2005.

Pelabuhan Yangshan menyambut ulang tahun ke-15nya Jumaat ini. Sepanjang tempoh 15 tahun lalu, pelabuhan itu telah mengendalikan kira-kira 197 juta TEU melibatkan lebih 120 ribu kapal antarabangsa.

Pelabuhan Yangshan telah memainkan peranan penting dalam membangunkan pelabuhan Shanghai sebagai satu daripada pelabuhan utama dunia.

Menurut statistik, jumlah TEU kendalian pelabuhanYangshan mewakili 46.3 peratus dalam jumlah keseluruhan di pelabuhan Shanghai pada tahun ini.

Dalam menghadapi penularan pandemik Covid-19,  sebanyak 93.7 peratus prosedur kelulusan kastam di pelabuhan Yangshan dibuat secara dalam talian ia sekali gus memudahkan urusan keluar masuk kakitangan dan berjaya membendung penularan wabak.– Bernama, 11 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen