Sime Darby nafi produk diboikot


Aminah Farid Ravin Palanisamy

Pembeli utama minyak sawit baru-baru ini dilaporkan menimbang untuk menyekat produk keluaran FGV Holdings dan SDP dari rangkaian bekalan global.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Februari, 2021.

SIME Darby Plantation Berhad (SDP) menafikan pembeli minyak sawit mahu memboikot produk pengeluar itu dari rangkaian global susulan dakwaan buruh paksa.

Dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insight hari ini, SDP berkata syarikatnya tidak mempunyai sebarang masalah sistemik dalam operasi.

Walaupun telah menjalankan penilaian ke atas seluruh operasi di negara ini, SDP berkata ia akan melantik penilai bebas bagi memastikan pekerjanya bekerja dalam persekitaran yang benar-benar selamat.

“Kami telah menjalankan penilaian ke atas semua operasi kami di Malaysia. Tiada masalah sistemik ditemui dalam operasi kami.

“Bagaimanapun, sebagaimana disebut sebelum ini, kami juga akan melibatkan penilai bebas bagi memastikan kami sedaya upaya menyediakan persekitaran yang selamat untuk semua pekerja tanpa mengira jantina dan kerakyatan,” kata SDP.

Pembeli utama minyak sawit baru-baru ini dilaporkan menimbang untuk menyekat produk keluaran FGV Holdings dan SDP dari rangkaian bekalan global.

Tindakan itu selepas Amerika Syarikat (AS) melarang import daripada dua pengeluar terbesar itu atas dakwaan amalan buruh paksa.

Sumber memberitahu Reuters, pembeli meminta pembekal mengurangkan atau terus menolak produk daripada dua syarikat terbabit yang memasuki AS, Eropah, Australia dan Jepun. – 11 Februari, 2021.   

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen