Ong bidas dakwaan 'lebihan dagangan tertinggi' Azmin


Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali pada 30 Januari lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Februari, 2021.

KERAJAAN baru-baru ini mengumumkan Malaysia mencatatkan lebihan dagangan tertinggi pernah dicapai setakat ini, namun ia bukanlah satu kebanggaan, malah petanda bahawa ekonomi domestik negara lemah, kata Ong Kian Ming.

Ahli Parlimen Bangi itu berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali pada 30 Januari lalu.

Ong dalam satu kenyataan hari ini menjangkakan ekonomi Malaysia bagi 2021 akan kekal lemah.

Memetik perangkaan perdagangan luar dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bekas timbalan menteri perdagangan dan industri itu menggariskan perdagangan Malaysia menyusut sebanyak RM67.3 bilion atau 3.6% RM1.845 trilion pada 2019 kepada RM1.777 trilion tahun lalu.

Jumlah eskport Malaysia tahun lalu katanya, menyusut 1.4% atau RM14.1 bilion berbanding 2019.

“Sebab utama mengapa Malaysia masih mampu meningkatkan lebihan dagangan sebanyak 26.9% dari RM145.7 bilion pada 2019 kepada RM184.8 bilion pada 2020 ialah kerana jumlah import menyusut 6.3% atau RM53.2 bilion dari RM849 bilion pada 2019 kepada RM796 bilion pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan.  – 5 Februari, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen