Polis hilang senjata api ketika meronda


SEORANG konstabel polis yang sedang bertugas mendakwa kehilangan senjata api selepas meninggalkannya di but kereta perondanya ketika berhenti untuk membuang air.

Akhbar The New Straits Times melaporkan, kejadian berlaku ketika Konstabel Zulkifle membuat rondaan bersama Konstabel Thiren di zon Taiping/Changkat Jering.

Kedua-duanya telah memberhentikan kereta di tepi jalan untuk berehat sebentar kira-kira jam 2.35 petang Isnin.

Zulkifle kemudian pergi ke belakang kereta dan meletakkan senjata apinya, revolver .38 Smith dan Wesson, di atas but kereta.

Selepas membuang air, dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu, meronda kawasan itu tanpa senjata api.

Dia hanya menyedari pistol miliknya hilang apabila kedua-duanya tiba di ibu pejabat polis Taiping pada kira-kira 2.45 petang.

Kira-kira jam 3.05 petang, kedua-dua konstabel cuba mencari pistol Zulkifle dengan memandu pulang ke kawasan itu tetapi gagal menemuinya.

Ketua polis Taiping mengarahkan semua anggota memandu ke lokasi yang sama untuk membantu mengesan senjata api yang hilang itu. – 29 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen