3 pegawai kanan polis ditahan 


BUKIT Aman menahan tiga pegawai kanan polis dari jabatan siasatan jenayah komersial bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut membabitkan RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, pegawai berkenaan berpangkat penolong pesuruhjaya, timbalan superintendan dan inspektor dan berumur antara 38 hingga 50 tahun.

Razarudin berkata, ketiga-tiga suspek menafikan terlibat dalam kes itu.

Laporan polis dibuat pada 9.20 pagi Jumaat.

Polis dijangka mendapatkan perintah reman terhadap ketiga-tiga mereka hari ini.

Razarudin turut memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh.

“Kami sedang giat mengumpul maklumat dan bukti mencukupi bagi memastikan semua yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan. – 4 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen