CAAM batalkan sijil pengendali udara MYAirline


Syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline Sdn Bhd gagal mencari pelabur baharu sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 14 April. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2024.

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membatalkan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline Sdn Bhd yang berdepan masalah kewangan, berkuat kuasa 15 April.

Menurut laporan dalam The Edge, ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu mencari pelabur baharu sebelum tarikh akhir 14 April.

Susulan itu, MyAirline perlu memohon semula AOC dan lesen perkhidmatan udara (ASL) daripada pengawal selia penerbangan — yang pertama daripada CAAM, pengawal selia penerbangan teknikal; yang kedua daripada rakan sejawatan penerbangan ekonominya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) — jika ia berharap untuk memulakan semula perkhidmatan.

Pada 12 Oktober tahun lepas, MYAirline menghentikan operasinya kerana tekanan kewangan, kurang setahun selepas ia mula beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAAM Kapten Norazman Mahmud memberitahu The Edge bahawa tidak akan ada lanjutan lagi (AOC MYAirline).

Syarikat penerbangan memerlukan kedua-dua ASL dan AOC untuk mengendalikan perkhidmatan penumpang dan kargo udara berjadual.

AOC MYAirline telah dibatalkan pada 15 April di bawah Peraturan 193 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016,”

Jurucakap MYAirline mengesahkan bahawa CAAM telah membatalkan AOC syarikat penerbangan itu pada 15 April. Beliau berkata syarikat penerbangan itu masih menyimpan harapan untuk mendapatkan pelabur baharu untuk memulihkan operasinya. – 25 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen