Anwar fokus kerja, enggan ulas cubaan tumbangkan kerajaan


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mahu menumpukan soal bekerja memimpin negara dan enggan melayan dakwaan cubaan menumbangkan Kerajaan Perpaduan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2024.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan dakwaan cubaan menumbangkan Kerajaan Perpaduan kerana beliau mahu menumpukan soal bekerja memimpin negara.

“Tak perlu komen. Saya kerja, kalau ada kes isu besar saya jawab,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor semalam kononnya Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Tata Kelola Baik Nasional 2024 di Sepang hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan akuan bersumpah tidak lagi sah atau relevan untuk melakukan gerakan ‘tebuk atap’ kerana adanya Akta Anti Lompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang mempunyai peruntukan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama. – Bernama, 8 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen