4 pendatang Maghribi ditemukan mati di perairan Sepanyol 


Mayat 4 warga Maghribi itu ditemukan berhampiran bot yang membawa 32 pendatang Maghribi lain yang mendarat di pantai berhampiran Cadiz, Sepanyol. – Gambar EPA, 30 November, 2023.

MAYAT empat pendatang Maghribi ditemui berhampiran bot mereka di pantai selatan Sepanyol pada hari Rabu, sumber polis memberitahu AFP.

Empat lelaki itu, yang dipercayai lemas, ditemukan berhampiran bot yang membawa 32 pendatang Maghribi lain yang mendarat di pantai berhampiran Cadiz, kata sumber itu.

Empat daripada pendatang yang terselamat dalam perjalanan itu ditemui dalam keadaan mengalami hipotermia dan seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Naib presiden kerajaan Sepanyol dan Menteri Buruh, Yolanda Diaz, berkata dia “seram dengan maklumat ini” dan menyeru Eropah untuk bertindak, dalam mesej di aplikasi X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Polis Sepanyol telah membuka siasatan.

Sepanyol ialah salah satu pintu masuk utama pendatang ke Eropah, terutamanya melalui Mediterranean barat, dengan bot dari Maghribi dan Algeria.

Lebih 13,000 pendatang seperti itu telah tiba di tanah besar Sepanyol atau kepulauan Balearic antara 1 Januari dan 15 November, 11.5% lebih banyak daripada tempoh yang sama tahun lalu, menurut angka terbaru dari kementerian dalam negeri Sepanyol.

Menurut agensi Eropah Frontex, hampir separuh daripada orang yang mengambil laluan penghijrahan ini adalah warga Maghribi. – AFP, 30 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen