Ratusan penduduk berpindah ekoran kebakaran hutan di Valencia 


Kebakaran yang menjejaskan seluruh Sepanyol itu masih belum dapat dikawal. – Gambar EPA, 3 November, 2023.

LEBIH 600 penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga akibat kebakaran hutan di wilayah Valencia, Sepanyol pada Khamis, menurut pihak berkuasa.

Penduduk yang dipindahkan adalah dari bandar Terrateig dan Castellonet de la Conquesta, yang terletak berhampiran dengan kebakaran hutan, serta dari lima taman perumahan.

Kebakaran yang bermula pada pukul 14.00 waktu tempatan di kawasan hutan Montitxelvo di wilayah itu, merebak dengan cepat akibat angin kencang, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pusat Penyelarasan Kecemasan.

Pihak berkuasa berkata kebakaran yang menjejaskan seluruh Sepanyol itu masih belum dapat dikawal. – Bernama, 3 November, 2023.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen