ANGKA kematian dalam kebakaran kelab malam di bandar Murcia, Sepanyol meningkat kepada 13 orang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut perkhidmatan kecemasan, tiga kelab malam terlibat dalam kebakaran itu.
Perkhidmatan kecemasan tempatan berkata kebakaran itu berlaku di kelab malam Teatre, sebuah kelab malam yang popular di bandar tenggara Sepanyol pada kira-kira 6 pagi waktu tempatan.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan api, lapor Agensi Anadolu.
Datuk Bandar Murcia Jose Ballestano mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.
Punca kebakaran masih disiasat. – Bernama, 2 Oktober, 2023.
Komen