Harapan nenek moyang Sarawak masih belum kesampaian selepas 60 tahun, kata Baru Bian


Adun Ba Kelalan Baru Bian berkata banyak perkara yang dijanjikan oleh nenek moyang negeri tu sebagai balasan atas persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia masih belum ditunaikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2023.

KETIKA Malaysia semakin menghampiri tahun ke-60 pada Sabtu ini, Adun Ba Kelalan Baru Bian berkata banyak perkara yang dijanjikan oleh nenek moyang negeri tu sebagai balasan atas persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia masih belum ditunaikan.

“Mereka dijanjikan Sarawak akan dibawa ke status Malaya yang sama maju. Itu tidak berlaku,” katanya dalam satu kenyataan menjelang Hari Malaysia.

“Kita ketinggalan di belakang Malaysia Barat dalam setiap aspek, daripada infrastruktur kepada penjagaan kesihatan kepada pendidikan, kepada peluang ekonomi dan sebagainya.

“Sepanjang tahun ini, hasil minyak dan gas kita memberi manfaat lebih kepada Malaysia Barat berbanding Sarawak.

“Oleh itu saya mahu melihat lebih banyak peruntukan tahunan untuk Sarawak bagi merapatkan jurang pembangunan antara Sarawak dan Malaysia Barat,” katanya.

Beliau juga berkata beliau mahu melihat hak negeri berkaitan agama, imigresen, pendidikan, kewarganegaraan, peruntukan kewangan, kehakiman dan kedudukan istimewa Orang Asli yang sebahagiannya diabaikan atau mungkin dilanggar diselesaikan serta-merta di bawah kerajaan perpaduan sekarang. – 12 September, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen