Banjir ragut 8 nyawa di barat Algeria 


BANJIR dahsyat meragut nyawa lapan orang di barat Algeria, umum perkhidmatan perlindungan awam negara itu pada Ahad, lapor Xinhua.

Banjir yang berlaku pada petang Sabtu, menghanyutkan sebuah kenderaan di wilayah Tlemcen, meragut nyawa dua lelaki dan dua wanita, kata agensi tersebut.

Sementara itu di wilayah El Bayadh, dua wanita dan seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihanyutkan air banjir, kata perkhidmatan itu, sambil menambah kemudian seorang lagi ditemui mati di wilayah itu. – Bernama, 4 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen