LEBIH 60 orang dikhuatiri lemas selepas bot membawa 101 pendatang dari Senegal karam di perairan Cape Verde, Laut Atlantik pada Isnin, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Rabu.
Jurucakap IOM Safa Msehli berkata, seramai 38 orang berjaya diselamatkan termasuk sempat kanak-kanak berusia 12 hingga 16 tahun.
Bot berkenaan ditemui oleh nelayan Sepanyol di Lautan Atlantik kira-kira 150 batu nautika dari Pulau Sal di kepulauan Cape Verde.
Menurut mangsa yang terselamat, bot itu berlepas dari perkampungan nelayan Fasse Boye pada 10 Julai lalu, kata Kementerian Luar Senegal.
Semua pendatang adalah warga Senegal, kecuali seorang dari Guinea-Bissau.
Punca kejadian itu masih disiasat. – AFP, 17 Ogos 2023.
Komen