PIHAK berkuasa Tunisia semalam berkata mereka memintas lebih 800 pendatang yang melakukan percubaan sulit untuk ke Itali dengan bot dalam satu malam awal minggu ini.
“Seramai 813 pendatang termasuk 473 dari sub-Sahara Afrika ditangkap di luar pantai negara Afrika Utara itu dalam 37 operasi berbeza pada malam Rabu,” kata Pengawal Kebangsaan di laman Facebooknya.
Pihak berkuasa juga berkata mereka menahan 48 orang termasuk enam sudah dikehendaki kerana didakwa “menyertai kumpulan samseng untuk merentasi sempadan secara haram”.
Kementerian dalam negeri mengumumkan penahanan lebih 1,300 orang yang disyaki sebagai penyeludup manusia, kedua-dua warga Tunisia dan warganegara lain dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Tunisia ialah landasan digemari untuk pendatang yang ingin sampai ke pantai Itali hanya 200 kilometer jauhnya yang mana kebiasaannya mereka perlu menaiki di dalam bot yang sesak dan hampir tidak boleh digunakan untuk berlayar.
Walaupun ramai daripada mereka yang membuat perjalanan itu melarikan diri dari perang atau kemiskinan lebih jauh ke selatan, krisis ekonomi yang berpanjangan juga mendorong semakin ramai rakyat Tunisia untuk mencuba melakukan perjalanan.
Lebih 23,500 pendatang dari pelbagai negara dipintas di luar Tunisia antara Januari dan September, menurut kumpulan hak FTDES yang menjejaki isu penghijrahan.
Lebih 500 orang mati atau hilang di laut dalam tempoh yang sama, katanya.
Rom berkata lebih daripada 15,000 rakyat Tunisia sudah sampai ke Itali setakat tahun ini.
Laluan yang dipanggil Central Mediterranean yang juga termasuk perjalanan bot dari negara jiran Libya adalah laluan penghijrahan yang paling membawa maut di dunia.
Agensi sempadan Eropah Frontex berkata kira-kira 42,500 pendatang mengambil laluan antara Januari dan Julai, meningkat 44% pada tempoh yang sama tahun lepas. – AFP, 22 Oktober, 2022.
Komen