SYARIKAT-syarikat penerbangan melaporkan prestasi kukuh pada Jun dengan kadar trafik penumpang meningkat sebanyak 31% berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) di Geneva pada Selasa.
Bagi separuh pertama tahun ini, operasi global adalah sekitar 47.2% lebih kukuh berbanding tempoh yang sama pada 2022, lapor Agensi Berita dpa.
“Secara global, trafik kini berada pada 94.2% daripada tahap sebelum Covid,” lapor IATA.
Penerbangan dari rantau Asia Pasifik meningkat 128.1% pada Jun tahun ini berbanding Jun 2022, manakala tempahan penerbangan terutamanya di Amerika Utara dan Eropah sentiasa penuh.
Perkhidmatan syarikat-syarikat penerbangan Eropah meningkat sebanyak 14% manakala syarikat-syarikat penerbangan Amerika Utara meningkat sebanyak 23.3%. – Bernama, 10 Ogos, 2023.
Komen