Majlis Ukraine-Nato akan bincang koridor bijirin Laut Hitam


Mesyuarat Majlis Ukraine-Nato akan bincang mengenai perkembangan terkini dan pengangkutan bijirin Ukraine merentasi Laut Hitam. – Gambar AFP, 26 Julai, 2023.

MESYUARAT Majlis Ukraine-Nato akan berlangsung di Brussels pada Rabu ini bagi membincangkan mengenai situasi di koridor bijirin Laut Hitam, lapor Sputnik.

Mesyuarat peringkat duta yang diadakan atas desakan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky itu akan dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Nato Jens Stoltenberg.

Antara tumpuan mesyuarat majlis itu, termasuk mengenai perkembangan terkini dan pengangkutan bijirin Ukraine merentasi Laut Hitam. – Bernama, 26 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen