Lebih banyak serangan dron di Kyiv


Kyiv menjadi sasaran serangan Moscow dengan dron Shahed buatan Iran.– Gambar EPA, 25 Julai, 2023.

RUSIA sekali lagi menyerang Kyiv dengan dron pada Isnin malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa Ukraine.

Pertahanan udara Ukraine menembak jatuh semua dron Shahed buatan Iran “yang digunakan oleh tentera Rusia”, kata pihak pentadbiran tentera bandar itu .

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan jumlah dron yang ditembak jatuh.

Menurut maklumat awal, tiada kemalangan jiwa atau kemusnahan, kata ketua pentadbiran tentera di Kyiv, Serhiy Popko.

Amaran serangan udara itu berlangsung selama tiga jam dan ini adalah serangan dron keenam ke atas Kyiv pada Julai.

Ukraine telah menangkis pencerobohan Rusia selama 17 bulan dengan bantuan Barat, termasuk sistem pertahanan udara moden.

Moscow telah menggunakan dron Shahed buatan Iran untuk mengebom negara jiran itu selama berbulan-bulan. – Bernama, 25 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen