Amaran udara di Kyiv, wilayah Ukraine lain


AMARAN udara diumumkan di Kyiv dan dibunyikan di wilayah Kyiv, Odesa, Chernihiv, Poltava, Kirovohrad, Mykolaiv, dan Chernivtsi di Ukraine, lapor Sputnik, memetik pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

“Amaran serangan udara diumumkan di wilayah Kyiv. Ikuti berita,” kata pentadbiran tentera serantau di Telegram.

Ketua pentadbiran tentera wilayah Chernihiv, Viacheslav Chaus menerusi Telegram berkata amaran udara di wilayah itu diumumkan pada 07:48 pagi waktu tempatan (04:48 GMT).

Serangan tepat terhadap infrastruktur Ukraine yang digunakan oleh tentera dilakukan sejak minggu lepas sebagai tindak balas terhadap jenayah yang dilakukan oleh Kyiv terhadap infrastruktur awam Rusia, menurut Presiden Rusia Vladimir Putin.

Penduduk di beberapa wilayah Ukraine diminta menjimatkan tenaga elektrik dan meminimumkan penggunaannya pada waktu puncak. – Bernama, 21 Oktober, 2022.              
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen