Serangan terbaharu Rusia jejas infrastruktur tenaga Ukraine 


Kyiv bergelap selepas serangan Rusia melumpuhkan infrastruktur tenaga pada Khamis.– Gambar EPA, 17 November, 2022.

RUSIA melancarkan serangan terbaharu ke atas beberapa bandar di seluruh Ukraine pada Khamis, kata pegawai.

Menurut pegawai berkenaan, siri serangan terbaharu itu melumpuhkan infrastruktur tenaga Ukraine. 

“Dua peluru berpandu dilancarkan ke atas Kyiv. 

“Maklumat tentang angka korban dan kerosakan sedang disiasat,” kata pegawai wilayah Kyiv 

Pihak berkuasa di pusat bandar Dnipro dan hab Laut Hitam Odessa turut melaporkan serangan Rusia. – AFP, 17 November, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen