Israel lancar serangan udara di Syria


Sepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria. – Gambar EPA, 2 Julai, 2023.

ISRAEL melancarkan serangan udara di Syria berhampiran bandar Homs yang dikuasai kerajaan, kata agensi berita Syria, SANA pada Ahad.

Pemantau perang berkata serangan itu membunuh ahli Angkatan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Sepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.

“Musuh Israel melakukan serangan udara yang datang dari timur laut Beirut menyasarkan beberapa lokasi di sekitar bandar Homs, kira-kira 20 kilometer dari Lebanon,” kata SANA, memetik sumber tentera.

SANA melaporkan  pertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu dan terdapat beberapa kerugian harta benda.

Dalam satu kenyataan ringkas awal Ahad yang tidak menyebut soal serangan udara, tentera Israel berkata roket antipesawat Syria ‘nampaknya meletup di udara di wilayah Israel’.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata kawasan yang menjadi sasaran adalah kubu kuat Hizbullah dan depoh senjata di luar bandar timur laut Homs membunuh seorang ahli IRGC dan mencederakan empat lagi yang lain. – AFP, 2 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen