Rusia serang Ukraine, budak 2 tahun maut, 22 lagi cedera


Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa di sebalik runtuhan bangunan yang rosak akibat serangan peluru berpandu di Dnipro, Ukraine, semalam. – Gambar AFP, 4 Jun, 2023.

SERANGAN udara ke kawasan kediaman di bandar Dnipro di Ukraine mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan mencederakan 22 orang, kata pegawai.

Presiden Volodymyr Zelensky menuding Rusia atas serangan itu yang memusanah sebahagian bangunan dua tingkat serta 10 rumah, kedai dan saluran paip gas, menurut gabenor wilayah itu.

Serangan udara Rusia ke atas Ukraine meningkat sejak beberapa minggu lalu, begitu juga serangan balas oleh Ukraine.

Sejak berbulan lalu, Kyiv berkata ia sedang bersiap sedia untuk serangan besar-besaran terhadap pasukan pendudukan Moscow dan berharap dapat menuntut semula wilayah yang hilang sejak serangan Rusia pada Februari 2022.

Selepas serangan pada Sabtu, mayat seorang kanak-kanak perempuan dikeluarkan daripada runtuhan bangunan.

“Pada malamnya, mayat kanak-kanak perempuan dikeluarkan dari runtuhan rumah di Pidhorodnenska.

“Dia baru berumur dua tahun.

“22 orang cedera, lima daripadanya adalah kanak-kanak,” kata Gabenor Wilayah Dnipropetrovsk Serhiy Lysak melalui Telegram awal Ahad sambil menambah tiga daripada kanak-kanak itu dalam keadaan parah. – AFP, 4 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen