Guan Eng kalah saman fitnah terhadap MCA, The Star


Tahun lepas Lim Guan Eng mengarahkan peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Tan dan The Star berhubung laporan yang dikatakan mengandungi dakwaan palsu terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Jun, 2023.

PENGERUSI DAP Lim Guan Eng hari ini kalah dalam saman fitnahnya terhadap Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan The Star di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Free Malaysia Today melaporkan Hakim Quay Chew Soon berkata ulasan yang ditulis Teik Cheng mengenai pembiayaan untuk sekolah Cina yang diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris tahun lepas adalah komen yang adil dan bukan fitnah.

Guan Eng diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Teik Cheng dan The Star RM30,000.

Tahun lepas Guan Eng mengarahkan peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Teik Cheng dan The Star berhubung laporan yang dikatakan mengandungi dakwaan palsu terhadapnya.

Guan Eng berkata kedua-duanya membuat dakwaan palsu mengenai dana yang diperuntukkan kepada sebuah sekolah Cina di Johor semasa beliau menjadi menteri kewangan Pakatan Harapan.

“Saya mengarahkan peguam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap The Star milik MCA dan naib presiden MCA kerana pembohongan mereka terhadap saya mengenai SJKC Kuek Ho Yao yang bertujuan menyebabkan DAP kehilangan kerusi terutamanya kerusi DUN Yong Peng pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya. – 21 Jun, 2023.

MENYUSUL



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen