9 terbunuh serangan hotel di Somalia


Penduduk meninjau tahap kerosakan di tapak serangan di Hotel Pearl Beach di Mogadishu, Somalia pada Jumaat. – Gambar AFP, 10 Jun 2023.

SEKURANG-KURANGNYA sembilan orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam.

Polis memaklumkan dalam satu kenyataan pasukan keselamatan menamatkan pengepungan yang berlanjutan selama tujuh jam di Pearl Beach Hotel selepas menembak mati tujuh anggota al-Shabaab yang terbabit dalam serangan itu, lapor agensi berita Xinhua.

Polis turut mendedahkan enam orang awam dan tiga pegawai keselamatan turut terkorban dalam insiden yang bermula sekitar jam 7.55 malam waktu tempatan.

Polis memaklumkan 84 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua yang terperangkap di dalam hotel berjaya diselamatkan pasukan keselamatan.

Saksi berkata dua penggebom bunuh diri bertindak meletupkan diri mereka di pintu masuk hotel ketika beratus-ratus tetamu berkumpul.

Lido Beach adalah tempat yang popular dengan hotel pantai dan restoran.

Pemimpin al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan terkini di Mogadishu. – Bernama, 10 Jun, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen