5 maut dalam serangan bunuh diri di Somalia 


Sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan merempuh sebuah rumah tetamu yang menempatkan pegawai kerajaan di Bardera.– Gambar EPA, 14 Mac, 2023.

SEKURANG-kurangnya lima orang terbunuh manakala 11 lagi termasuk gabenor wilayah cedera dalam serangan bunuh diri di Selatan Somalia, kata ketua polis kepada AFP. 

Sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan merempuh sebuah rumah tetamu yang menempatkan pegawai kerajaan di Bardera, 450 kilometer (279 batu) barat ibu negara Mogadishu, kata komander polis kawasan Hussein Adan.

“Letupan itu memusnahkan kebanyakan bahagian bangunan dan lima pengawal keselamatan maut dalam letupan itu,” kata Adan.

Sebelas orang, termasuk gabenor Ahmed Bulle Gared, cedera, tambahnya.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun kumpulan militan Al-Shabaab berkemungkinan bertanggungjawab. 

Mohamud Saney yang menyaksikan serangan pada Selasa berkata, mereka “tidak pernah mendengar apa-apa yang sebesar letupan itu.”

“Ia menggegarkan bumi seperti dan gempa bumi.”

Al-Shabaab telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pusat di negara itu sejak 15 tahun lalu. – AFP, 14 Mac, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen