Al-Shabaab bunuh 19 orang awam Somalia


Seramai 21 orang terbunuh dan 117 cedera selepas sebuah hotel menjadi serangan kumpulan pemberontak Islam Al-Shabaab. – Gambar AFP, 4 September 2022.

PEJUANG dari kumpulan pemberontak Islam Al-Shabaab membunuh sekurang-kurangnya 19 orang awam dalam serangan pada waktu malam di tengah Somalia, kata ketua puak dan pegawai tempatan semalam.

Serangan itu berlaku dua minggu selepas Al-Shabaab yang melancarkan pemberontakan lama terhadap Somalia, mengepung sebuah hotel di ibu negara Mogadishu selama 30 jam menyebabkan 21 orang terbunuh dan 117 cedera.

Sumber berkata sekurang-kurangnya lapan kenderaan dalam perjalanan di jalan antara bandar Beledweyne dan Maxaas apabila pemberontak memintas dan membakar serta membunuh penumpang.

“Pengganas membunuh orang awam yang tidak bersalah yang sedang dalam perjalanan malam tadi. Kami tidak mempunyai jumlah sebenar mangsa tetapi 19 mayat sudah dikumpulkan,” kata ketua penduduk tempatan Abdulahi Hared kepada AFP.

“Mayat masih dikumpul termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka mungkin lebih daripada 20 orang,” kata Ali Jeyte, Gabenor Wilayah Hiraan di mana serangan itu berlaku. – AFP, 4 September 2022.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen