SEKURANG-kurangnya 25 kanak-kanak lelaki terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas saki baki bahan letupan perang meletup di padang permainan berhampiran bandar Qoryoley di selatan Somalia pada Jumaat.
Menurut kenyataan Timbalan Pesuruhjaya daerah Qoryoley, Abdi Ahmed Ali, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun itu dilaporkan bermain dengan bahan letupan perang seakan-akan bom atau periuk api di padang terbuka, lapor Xinhua.
Kesemua 22 mayat kanak-kanak itu dibawa ke hospital di Qoryoley.
Sementara itu, dua daripada mangsa yang cedera meninggal dunia selepas menerima rawatan, manakala seorang lagi kanak-kanak meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di ibu negara Mogadishu. – Bernama, 10 Jun 2023.
Komen