'Kelahiran dara' julung kali babitkan buaya, kata saintis 


Buaya betina dalam kurungan di Costa Rica itu menghasilkan segenggam telur walaupun tidak bersentuhan dengan buaya jantan.– Gambar EPA, 8 Jun, 2023.

KES pertama “kelahiran dara” dalam kalangan buaya direkodkan oleh saintis, menurut penyelidikan yang diterbitkan pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Buaya betina dalam kurungan di Costa Rica itu menghasilkan segenggam telur walaupun tidak bersentuhan dengan buaya jantan selama kira-kira 16 tahun, kata penyelidik.

Telur itu dihasilkan oleh seekor buaya Amerika betina berusia 18 tahun di Parque Reptilania pada Januari 2018.

Satu telur mempunyai janin yang lengkap didapati 99.9 peratus sama genetik dengan ibu, menunjukkan ia telah berkembang tanpa telur disenyawakan oleh buaya jantan.

Dikenali sebagai parthenogenesis fakultatif, kelahiran dara pernah berlaku pada spesies lain sebelum ini, termasuk burung, cicak dan ular, tetapi tidak pada buaya.

Penyelidik berkata penemuan itu menggembirakan yang berkemungkinan berupaya membiakan keluarga buaya yang kini pupus, termasuk dinosaur.

Penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Royal Society, Biology Letters. – Bernama, 8 Jun, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen