Bekas menteri kewangan dahului pilihan raya presiden Costa Rica 


Bekas menteri kewangan Costa Rica, Rodrigo Chaves mendahului pusingan kedua pilihan raya presiden.– Gambar EPA, 4 April, 2022.

BEKAS menteri kewangan Costa Rica, Rodrigo Chaves mendahului pusingan kedua pilihan raya presiden dengan 52.9 peratus, memetik pihak berkuasa pilihan raya selepas memproses lebih 89 peratus undi. 

Menurut Sputnik, bekas presiden Costa Rica, Jose Maria Figueres mengekori di belakang dengan 47.1 peratus.

Pada pusingan pertama yang diadakan Februari lepas, Figueres, calon Parti Pembebasan Nasional, memenangi 27.28 peratus. Sementara itu Chaves, yang bertanding atas tiket parti Social Democratic Progress di tempat kedua dengan 16.78 peratus.

Tiada satu pun calon berjaya memperoleh 40 peratus  undi pada pusingan pertama, menyebabkan pusingan kedua terpaksa diadakan. Calon yang menang dijadual memulakan tugas secara rasmi pada 8 Mei. – Bernama, 4 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen