Costa Rica hidupkan peluang Piala Dunia selepas kejutkan Jepun


Pemain pertahanan Costa Rica, Keysher Fuller (kanan) meraikan jaringan tunggalnya ketika mengatasi Jepun 2-1 pada Piala Dunia di Doha hari ini. – Gambar Twitter, 27 November, 2022.

COSTA Rica mengejutkan Jepun 1-0 hasil jaringan lewat pada Piala Dunia di Doha pada Ahad sekali gus menyaksikan peluang dalam Kumpulan E terbuka luas serta memberikan potensi talian hayat kepada Jerman.

Jepun, yang mengejutkan juara empat kali, Jerman 2-1 pada aksi pembukaan di Qatar, boleh layak ke pusingan 16 terakhir sekiranya menang.

Sebaliknya mereka dipaksa bekerja keras bagi sebahagian besar perlawanan menentang Costa Rica yang dibelasah 7-0 oleh Sepanyol, dengan pemain pertahanan Keysher Fuller menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81 menerusi percubaan yang terbias.

Ia percubaan tepat pertama Costa Rica pada Piala Dunia kali ini dan mampu memberi manfaat besar kepada Jerman.

Keputusan itu menyaksikan Sepanyol, Jepun dan Costa Rica terikat dengan tiga mata. Sepanyol menentang Jerman awal pagi esok dalam satu lagi perlawanan penting.

Jepun melakukan lima pertukaran kepada pasukan yang mengejutkan Jerman dalam perlawanan pembukaan mereka apabila jurulatih Hajime Moriyasu menggunakan sepenuhnya skuad 26 pemainnya. – AFP, 27 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen