SETAKAT jam 7 pagi tadi, lebih 56,000 orang sudah menandatangani petisyen dalam talian mendesak hukuman lebih keras dikenakan ke atas seorang wanita bergelar “Datin” yang mencederakan pembantu rumahnya warga Indonesia.
Antara penandatangan petisyen itu, Siti Norhidayah menulis:
Petisyen itu yang dimulakan Sabtu lalu dengan sasaran 75,000 tandatangan, antara lain menyebut “jenayah dilakukan Rozita Mohd Ali terhadap pembantu rumahnya adalah hina, tidak berperikemanusiaan dan jelas sekali layak dikenakan hukuman lebih berat berbanding hanya bon berkelakuan baik”.
Petisyen itu juga menegaskan hukuman ringan ke atas jenayah berat itu memberikan mesej salah tentang keadilan, institusi kehakiman serta menidakkan hak asasi di negara ini.
Rozita, 44, yang didakwa kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso,19, menimbulkan kemarahan seluruh negara apabila hanya dikenakan hukuman bon berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM20,000. Peguamnya berhujah yang Rozita “telah insaf atas perbuatannya serta mengalami tekanan yang melampau”.
Tinjauan The Malaysian Insight mendapati petisyen dalam talian yang ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman dipenuhi dengan komentar kemarahan rakyat yang mahukan kes itu dinilai semula.
Seorang penandatangan petisyen, Lia Dewiyanti menulis: “Tegakkan keadilan untuk tenaga kerja wanita Indonesia.”
Jed Ungku pula mengatakan sebab beliau menandatangani petisyen itu adalah
Ramai juga yang sependapat bahawa hukuman diterima Rozita tidak berpadanan dengan jenayah dilakukannya.
“Hukuman tak setimpal dengan jenayah yang dilakukan,” tulis Normaslisha Ismail.
Manakala, Siva Kumar Krishan pula mahukan “keadilan untuk semua”.
Jabatan Peguam Negara sudah memfailkan semakan hukuman dan kes dijangka didengar semula esok. – 20 Mac, 2018.
Komen