Sayap pemuda Pakatan cabar calon Perikatan isytihar aset, liabiliti 


Ketua Penerangan Pemuda Pakatan Harapan, Ammar Atan menggesa calon Perikatan Nasional Khairul Azhari Saut mengisytiharkan harta dan liabilitinya selepas timbul dakwaan beliau berhutang dengan syarikat pinjaman wang berlesen.– Gambar Facebook, 4 Mei, 2024.

CALON Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Kuala Kubu Baru, Khairul Azhari Saut, mesti mengisytiharkan harta dan liabilitinya selepas timbul dakwaan baharu bahawa beliau berhutang lebih RM30,000 dengan syarikat pinjaman wang berlesen, kata Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan Pemuda PH, Ammar Atan, menggesa Khairul tampil untuk membersihkan dakwaan baru-baru ini - yang menjadi hentaman kedua terhadap calon PN selepas dakwaan skandal kelayakan akademiknya.

Khairul sebelum ini didakwa berbohong mengenai kelayakan pengajian tingginya dengan mengatakan dia memperoleh ijazah sarjana dalam negara dan bertegas bahawa kelayakan universitinya adalah tulen.

Kelayakan akademiknya menjadi perhatian selepas pengguna TikTok mempersoalkan sama ada diploma eksekutif memerlukan pengajian dua tahun.

“Khairul mengelak soalan itu (berhutang wang) apabila dia didekati baru-baru ini. Dia harus mengisytiharkan aset dan liabilitinya untuk membersihkan namanya,” kata Ammar sambil menambah mufti Kelantan berkata adalah berdosa bagi seseorang untuk meminjam wang daripada seorang Ah Long (peminjam wang).

Beliau kemudian menggesa pengundi memilih calon PH, Pang Sock Tao yang dipercayainya adalah calon yang lebih baik daripada Khairul.

Kuala Kubu Baru adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen Hulu Selangor. PN memenangi dua daripada tiga kerusi DUN pada pilihan raya negeri lalu.

Namun, walaupun memenangi kerusi itu, tiada peningkatan dan manfaat untuk rakyat.

Pang akan menghadapi pertandingan empat penjuru berdepan saingannya Khairul daripada PN, Hafizah Zainuddin daripada Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas, Nyau Ke Xin. 

Kerusi itu kosong berikutan kematian Adun DAP tiga penggal Lee Kee Hiong pada 21 Mac akibat kanser.

DAP telah memegang kerusi itu sejak 2013.

Pada pilihan raya Selangor tahun lepas, Lee memenangi kerusi Pakatan Harapan dalam pertembungan empat penjuru dengan calon daripada PN, Muda, dan Parti Rakyat Malaysia. – 4 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Do you need to keep an eye on your spouse by gaining access to their phone? Or you are suspicious that your spouse cheats.

    Well I will advise you to contact Hacker Judas because he's the best in hacking skills, he helped me hack into my wifes phone remotely when i noticed she had been cheating. thank you Hacker Judas for helping me find out the truth. He also helped my friend in increasing his credit score.

    I will advise you guys to contact him right here for good jobs and all. Hacker Judas9 @ gmail . com he is trustworthy.

    Dimuat naik 1 minggu yang lalu oleh Ruth Welz · Ulasan