Bekas PM Pakistan dilarang tanding pilihan raya 5 tahun


Peguam Imran berkata pihaknya akan melawan kes tersebut di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2022.

BEKAS Perdana Menteri Pakistan Imran Khan hari ini dilaporkan hilang kelayakan daripada bertanding jawatan politik selama lima tahun selepas suruhanjaya pilihan raya negara itu memutuskan beliau mengelirukan pegawai mengenai hadiah yang diterimanya daripada pemimpin asing semasa berkuasa.

“ECP (Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan) mengisytiharkan Imran Khan terbabit dalam amalan rasuah.

“Kami akan mencabarnya di Mahkamah Tinggi Islamabad sekarang,” kata salah seorang peguamnya Gohar Khan, lapor AFP.

Mahkamah Pakistan sering digunakan untuk mengikat wakil rakyatnya dalam prosiding yang panjang yang dikritik pemantau hak susulan menyekat pembangkang berpolitik namun penglibatan suruhanjaya ini susulan keperluan semua pimpinan yang dipilih mengisytiharkan aset mereka.

Imran didakwa gagal mengsitiharkan sebahagian hadiah atau keuntungan diperoleh daripada menjual hadiah yang diterima. – AFP,  21 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen